Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Amira. Welcome to My Paris Town. Fall in LOVE with someone special to me.


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


sweet gitu

ASSALAMUALAIKUM

harini (semalam) hari Ahad, bertarikh 22 Jun 2013. Aherher, sebenarnya tak perlu kot nak bagitau korang tarikh hari tu. sakai much. kenapa tiba-tiba aku rajin sangat nak update blog ni? wei, kalau ada soalan-soalan tu dalam kepala otahk korang, baik korang buang cepat-cepat. buang. buang cepat. aku kira satu, dua tiga. dah? oke, good. blah kau.. ingat lawak ke minah? kau ingat kau ada readers ke? ajet hot konon ada orang nak jenguk blog ni, padehal *kriik kriik* kehidupan yang sedih bagiku.

so, macam biasa lah pagi-pagi Ahad yang selau indah lagi cantik. udara je yang sedikit tak sedap. bodoh punya Indon, bakar hutan besar-besaran. then, salahkan government Malaysia. apa ke bingai nau kau ni Indonesia? Please lah indon. kau tengok apa kau dah buat dekat Malaysia dengan Singapore ni? Apak pedih mata aku.

*le me tengok tivi*

"kau pehal nangis tiba-tiba? bukan sedih pun cerita tu. cerita hantu kot"

"pedih lah gila. takde masa aku nak nangis"

sememangnya di sini ingin aku katakan, Indon bukan sahaja menyakitkan mata dan hati aku, tetapi menjatuhkan maruah aku. Indon bengong. oke, stop bash Indon. ayat nak bash katekoo..

bangun pagi, solat subuh. siap solat, terus on laptop. memandangkan kerja projek add math tak siap lagi, aku pun macam "baik aku buat sekarang, kang tak siap naya je kena maki dengan cikgu Rojita tu." sekali kau kena sumpah tak lulus SPM kau, menangis tak berlagu kau. minta dijauhkan. dengan suka hatinya aku menaip, sambil nyanyi lagu inteam-nur kasih. ajet alim lah dengar nasyid kononnya. tiba-tiba 

"kak, kau tak ikut pergi rumah nenek ke?"

"tak, kerja banyak."

"elok nau lah tu"

ek ena.. aku memang banyak kerja. kalau aku tak ada kerja, memang aku dah siap kan diri, dah masuk kereta awal-awal. semangat ketekoo nak gi rumah nenek. tapi malangnya, add math lebih memerlukan diriku. walaupun aku tidak memerlukan add math. then, dalam pukul 4 petang baru siap kerja projek tu. berapa lama kau duduk depan laptop tu jangan dikira lah. naik kebas bontot aku.

pukul 6.30 petang, siap-siap mandi sebab nak pergi rumah nenek. petang dah tak datang, malam mesti wajib kena datang. malam tak datang, memang kau cari nahas lah dengan nenek aku mira woi. lepas maghrib, pergi rumah nenek yang tak sampai 30 minti je dari rumah gua. 

tengah tunggu kenduri tahlil siap, aku pun duduklah belakang. anak dara tak elok duduk depan. mana tah aku dengar, main cakap je. tengah syok-syok sumbat telinga dengan earphone dengan dendangan lagu dan disertakan dengan game fruit ninja. tiba-tiba 

*saudara 6 tahun sepak kaki aku*

"kau pehal?" sambil senyum. konon baik.

*sepak lagi*

"kau kalau aku lempang kau, nangis kau."

"takut pun."

takut pun boleh sebenarnya Odah woi. main cakap je dengan gaya gedik tu. padehal salah. ajet dah besar nak sepak kaki aku. pastu, dia ambik selipar aku baling jauh-jauh.

"kau kenapa?"

aku kejar dia dengan selaju-lajunya. terkejutnya dia sampai dia lari terlanggar pintu sambil jerit "MA! TENGOK DIA!" tahu kau takut dengan aku.



kau tengok, aku suruh berdiri betul-betul. gedik betul dia buat gaya macam model paling top 2013 kononnya. then pukul 9, nenek dengan atuk pun potog kek sempena apa pun aku tak tahu. 

"Allah selamat kan kamu,
Allah selamat kan kamu,
Allah selamat kan nenek dengan atuk,
Allah selamat kan kamu."

"wooooo...potong kek nenek!"

*nenek potong kek*

"nenek, suap atuk! baru sweet!"


nenek malu-malu konon.


amek kau. comel gituu.. kau hadoo?

then, pukul 10.30 balik rumah. konon esok sekolah tapi cuti. terima kasih ppd bagi sekolah aku cuti.oke, baii..


tertonggeng-tonggeng

Assalamualaikum.

Ceh bebajet alim bagi salam. Macam ada je orang nak datang singgah ke blog saya yang serupa tiada rupa ini. Ayat nak sastera katekooo. Padehal, exam ppt Bahasa Melayu dapat C. Malu tujuh keturunan woii. Result ppt pun aku tak bagi tahu lagi kat Ibu. Kalau bagi kat Ibu, mesti Ibu tanya

"kau orang melayu ke per?"

K. Reda. Ibu sendiri anggap anak bukan orang melayu. Eceehh, nipu je sebenarnya. Ibu tak cakap cantu pun. Anak derhaka sungguh. Tak yah nak sungguh sangat la minah woi. *terasa*

Berbalik kepada frasa kita yang pertama. Kah kah, ayat nak bombastik lipstick frasa katekoo. Lawak k. Okeyy, hambar. Tak payah ketawa. TERTONGGENG-TONGGENG. Banyak cerita yang aku nak cerita pasal tonggeng ni. Tonggeng boleh dibahagikan kepada..... satu je. Bajet macam banyak maksud.

Cerita pertama *bunyi drum*

Lepas bukak sekolah, semua budak sekolah sibuk nak tahu result periksa mid-term. Termasuklah aku sebagai SPM candidate untuk sekolah aku. Perlu ke aku nyatakan aku sekolah mana? Tak payah lah. Buat semak jee.

Masa pertama, Biologi. Punyalah berharap yang teacher Ng Bee Leng nak bagi kertas yang dah siap tanda dengan pen merah dan markah yang di bulatkan dengan besau punyaaa. Kalau boleh nak bagi semua nampak markah kita yang paling teruk noo di dunia. Ceh, nak dunia. Malaysia sudahlah. Malang sekali, teacher Ng dah bersalin dan tak dapat datang. Kalau datang jugak, habis rabak jahitan bersalin dia. K, tak usah dibayangkan.

Then, B.I pulak. Nah.. kau. Kertas patut dibaling ke dalam tong sampah di bawah tangga depan bilik seni sekolah. 65 je. JE. Tak reti bersyukur betul minah nii oi. Aku lempang kang. *lempang diri sendiri* Dan seterusnya laahh. Malas nak cerita. Nanti kang banjir satu rumah, sedih. Dah sedih, nangis sampai tertonggeng-tonggeng. Tak payah nak bayangkan lah aku tertonggeng cane. Frust gila laa.

Satu persoalan yang selalu ada berlegar-legar dalam otak aku. Haha, ayat nak berlegar-legar.

"Aku nak SPM tahun ni. Tapi kenapa gaya macam kau tak tau pun yang kau nak SPM?"

Paham? Tak paham sudah. Main jauh-jauh sana.

Cerita kedua *bunyi drum lagi*

Dah lebih enam bulan aku ada adik baby baru. Dia ni memang gedik kuasa 4 aku cakap. Memanjnag nak dukung aje. Aku lempang kang. Nasib baik la kau comel, Qisya. Kadang-kadang tu bila aku tengah dukung dia, dia pun mulalah meraba-raba seluruh muka aku.

Sampai dekat hidung aku, dia korek hidung aku. Hak alaahh.. Kau takyah nak cakap kau tak rasa geli. Macam ada ulat kelapa sawit dalam hidung aku. Jari dah lah kecik. Korek hidung aku. Meman aku tertonggeng menahan geli.

Okey, ayat akhir sekali tu tipu.
 

 

Aku lapar sebenarnya, K aaah bai

Teratak River View

Assalamualaikum.

Dah berapa lama aku tak update blog ni? Asyik busy manjang. Konon lagi busy dari pengetua yang nak urus sekolah, konon lagi busy dari Perdana Menteri yang nak urus hal negara, konon lagi busy dari ibu yang baru lepas bersalin, salin pampers baby, bagi susu kat baby, tidurkan baby.."baby, tidurlah baby" centu? konon lagi busy dari Encik Burhan yang uruskan kem dekat Teratak River View tuu, "tepuk, tepuk semangat!" "perhatian!" "tuan!"

Tak, tak. Aku takde lah se'busy' diorang semua tu. Aku cuma seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang yang berumur 17 tahun, bakal menghadapi SPM pada bulan November nanti. Oh, pray for me. Tapi, sebagai pelajar pun, aku busy jugak. Dengan peka Kima, Biologi, Fizik. Dengan Addmath yang tah pahape aku pun tak faham satu hapak. Aku tahu aku dah lari tajuk. Tapi, yeah.. i don't give a damn about you.

Back to the topic above.

Teratak River View
Amekemende lah yang kau merepek teratak bagai wei? Kat mana tu? Adakah ianya sebuah kolam renang yang besar dan indah? Atau sebuah pantai yang sunyi sepi tiada berpenghuni? Ke sebuah kereta jenis MPV yang baru dikeluarkan dari Toyota? Nasi goreng dengan tempe? Bukan. Bukan. BUKAN.

Ianya adalah sebuah tempat perkhemahan ataupun kem. Yeah, sama je lah dua dua tuu.. Kalau dari Telok Panglima Garang, cuma mengambil masa 1 jam setengah jee. So, let's go!


First Day. 27.5.2013

Pukul 6 pagi, bangun, sembahyang dan duduk termenung di depan beg yang besar gila bapak. Dan aku jamin ianya bakal mengundang pelbagai tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang melihatnya,
"pahal beg besar sangat wei?"
"haha"
"kau nak pindah rumah?"
"mende je lah yang kau bawak ni wei?"
Stop it. Then, pukul 8.30 pagi, bertolak ke sekolah dan tanda kedatangan. Beratur ikut bas masing-masing dan bertolak. Yeah! Pening gila naik bas 2 tingkat. So, i decided untuk duduk kat bahagian bawah je. Pukul 1, sampai di depan signboard yang tertulis Teratak River View. Tunggu untuk Encik Burhan and the gang sampai je dah pukul 1.30. Panas. Bau busuk. Bangkai tikus penyek tengah jalan. Tiba-tiba, lalulah kereta hitam. Dan keluarlah, fasilitator yang cantik dan hensem keluar. Mereka adalah Abang Rembo, Abang Mas, Kak Intan, Kak Su, Encik Burhan. Diorang bagi arahan, masukkan beg dalam trak dan jalan kaki untuk ketempat kem. Kay, mula mula fikir, maybe dekat je kot. Nah! Amek kau, serius jauh gila gampang! Dengan panas, air botol tak bawak. So Sweet! Akhirnya sampai pukul 4.30 petang. Sampai sana terus jamak solat dan pasang khemah.

Second Day, 28.5.2013
Aku cuma tidur 3 jam je, sebab jaga khemah. Pukul 3 pagi jugak tu lah, aku pergi mandi. Gila segar! Then, tidur balik. Pukul 6 pagi, fasi kejut dan solat subuh. Menggigil satu badan tu takyah cakaplah. Macam mesin jahit dah mulut aku. Terketar-ketar. Siap solat, Abang Rembo datang bagi ceramah sikit. Then, pergi padang belakang, senam. Siap senam, sarapan and balik semula ke padang untuk main game. Gamenya tutup mata, duduk sorang-sorang. Dan bila ku duduk sorang-sorang, mulalah Abang Mas nyanyi "papa ku pulang dari kota, papa ku belikan kereta" kereta papamu laa.. panas centu, nyanyi lagi? Siap game tu, makn tengah hari dan solat jamak lagi. Pukul 3 centu gaknye, pergi padang balik, dan buat latihan komando. "Cium tanah tu!" "Kepala rendah lagi!" Okey, tanah. Kau telah mencuri bibir ku ini. Hmm.. cedih.  Konon-konon jadi askar nak berperang. Lepas berperang tu, kitorang dipaksa untuk masuk ke dalam kolam lumpur yang pekat lagi likat. Macam teh susu... Masa merangkak dalam lumpur tu, entah canne boleh terpegang benda lembik berlendir. Apakah itu? Hmm, lupakan. Malam tu, ada Malam Seni Budaya, aah bedal. Kumpulan 4, kumpulan aku berlakon dengan the moral story nya "kerosakan akhlak remaja sekarang" Lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki. Dan aku ajet-ajet pengkid gitu, ajet-ajet gangster.. telah 'mengurat' si Adip Hasan yang pondan ituu. Punyalah penat berlakon, tak menang hape pun. K, cedih. Pukul 12 malam, balik ke khemah sebab Night Walk tak jadi. Hujan lebat gila. Yes! Dalam hati aku berdoa kesyukuran sebab tak jadi. Pukul 1.40 pagi, aku nak mandi tapi abang Mas tak bagi. Tahu tak, badan nii dah rimas gila? Hmm..

Third Day, 29.5.2013
 Last day. Dan ada jungle tracking. Boleh tahan lah hutan dia.. Tapi, mula mula jalan tu berlumpur gila. Habis kasut jadi high heel, free free je dapat tambah ketinggian. Setengah jam, jalan, sampai satu sungai. Masing masing basuh kasut yang berlumpur. Dan mulalah kedengaran jeritan-jeritan gedik yang mengatakan " aaaaahh! Tolong, ada pacat" "aaaahhh! jangan lah siram air, basah"  weii, serius aku cakap kalau korang tak nak basah, kenapa masuk dalam sungai tu jugak? Morron. 10 minit dalam sungai, keluar balik dan teruskan perjalanan. Kali ni, hutan dia memang betul hutan mati. Tak nampak jejak jalan kawan-kawan yang kat depan pun. Nasib baik aku cepat. Abang Mas konon buat magic, lalu tepi-tepi hutan then muncul tiba-tiba dekat depan. Lawak hambar.. Then, ada sungai kedua. Yeah, rutin yang sama, basuh kasut, menjerit minta tolong. Masa tu lah, bila aku buka kasut, ada pacat yang tengah buat love bite kat kaki aku. Hmm.. sampai taknak lepaskan kaki aku. Habis berdarah kaki gua.. cedih. Terima kasih untu kak Intan yang tolong cabut pacat tuu. Aku tak menjerit pun bila ada pacat kat kaki aku. Ajet-ajet kuat kononnya. Sambung balik perjalanan dan akhirnya sampai dekat tapak kem tadii. Yes! Siap-siap kemas khemah, mandi, makan, solat jamak. Then, naik lori yang panas gila tu ke depan. Naik bas, Balik.

My Beautiful Malaysia

Assalamualaikum.

Lama jugak aku tak update blog ni. Yelah, SPM Candidates, busy memanjang.. aaaahhh! Ini semua poyo.. Bukannya apa, sibuk buat kerja sekolah, kemas rumah, jaga adik baby, jaga pakwa :D Pakwa tu pun mana ada jaga sangat, warden yang jaga dia. Al-maklumlah, sekolah swasta berasrama. tung ah, kaya~ ALIM KAYA~ So, macam tulah...

Okey, okey. Aku tahu aku dah lari pecut dari tajuk aku. Sorry for everything, my bebeh~ Poyo k poyo.

3 Februari 2013, PM iaitu Dato' Najib telah melancarkan my beautiful malaysia di 100 buah kawasan. Nak listnya? Aaahh, carik lah sendiri. Malash..  Dan salah satu tempatnya adalah sekolah aku. SEKOLAH MENENGAH TELOK PANGLIMA GARANG. Menyakai aje taip besar-besar nama sekolah. Jijik k jijik *sigh*

So, dengan terpaksa nya aku jejakkan kaki ke sekolah pagi tadi. Kononlah nak tolong cikgu buat gotong royong. 'Aku nak kumpul pahala' katanya. Tapi, biasalah, cakap macam keling. Kena pulak hari Ahad, esok Isnin. Tapi, pengetua dah mintak izin PPD, sekolah minta cuti atas sebab peristiwa my beautiful Malaysia teww~ thanks papa Nordin :)

Dengan semangat yang membara, aku pergi sekolah tu. Pukul 7, masih tak ramai. Katanya, pukul 7 dah mula.. tapi.. *tiupan angin sepoi bahasa* you should know this~ sikit gilak yang datang. Target 10,000 datang, 3,800 aje yang datang.

8 pagi, senam robik bermula. Pheww, semangat nak berjoget. Tapi, disebabkan budak yang terlebih sosial, berjoget macam sekolah tu bapak dia punya, aku cancel terus nak joget. Patutkah seorang budak yang baru berumur 16 tahun menari tak ingat mama papa kat rumah? Dah macam monyet minum syampoo rejoice aku tengok. Mungkin dia sudah biasa ke club, berjimba dari malam ke siang. Mungkin lah. Dan yang paling tak senonoh sekali, budak tu lap peluh dia yang hanyir tu dekat beg sekollah seorang pelajar perempuan tanpa diketahui. Fuuh, ayat aku penuh sastera :D peduli. Budak sabah dari sekolah menengah JENJAROM tak belajar sivik kah? Atau buku teks sivik sudah kehabisan di sekolah mereka? Mungkin.

9 pagi, kitorang sarapan. Nasib baik tak menghadap budak sabahan itu bah! Kalau boleh termuntah kat situ, dah lama aku muntah. Then, abang Jeman suruh kitorang ke depan pentas, tengok persembahan oleh artis yang tak sepopular Nazim Othman. Iqwal namanya.
A: Iqwal tu sapa weh?
B: Anonymous mungkin.
C: ala kpop lah dia tu.
Sudah, sudah. Kena saman aku dengan dia nanti. Sesungguhnya, persembahan dia melalaikan dan budak perempuan free-free je dapat dosa. Yalah, main pegang-pegang dengan Iqwal tu. Hamboi.. nampak retis hot, je lupa pahala dosa ye kak abang oi?

Pukul 11, ke dewan sri panglima. Tunggu siaran langsung dari PM kononnya. Tapi, tak dapat *sad life* Then, Lan Kristal pun datang.. woooooooo~~~~ Nyanyi lagu 1m4u...wuuuuwuu~ Lagu satu malaysia. 'Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat.. ooohoohohh~' feeling jugaklah nyanyi ramai-ramai.

11.30, ke tapak perhimpunan semula untuk tengok Lan Kristal punya show *menjerit* Dia nyanyi lagu dia lah.. entah apa tajuknya. Suddenly, ada budak jerit 'awak kepunyaan saya seorang' and that guy is a boy. Namanya Nik.
Lan: Nik, awak orang kelantan?
Nik: Dulu ja, sekarang dah tak.
Lan: Hok aloh mu ni. Saya nyanyi, awak sambung lirik boleh?
Nik: Boleh
Lan: 'ku suka, kau suka'. Hmm, camana ni kalau dua-dua dah suka?
Nik: Tak boleh jadi apa la ni.
Lan: *gelak* 'ku cinta, kau cinta' Dua-dua dah jatuh cinta ni? Macam mana pulak deh?
Nik: *tersipu-sipu* mintak nombor lah, abang.
Semua ketawa. Apake dia buat lawak dengan muka serius dia..

Dah lah, penat taip. Bye.

senior dekat sekolah

Assalamualaikum. Jawab dulu.. jangan gelojoh sangat. Perlahan-lahan. Tarik nafas, lepas. Huhahuhha. Sudah, diam. Ahhh.. tak boleh diam. K, apa aku melalut ni. Shhh.. biarkan.

Semua dah tahu yang 2 haribulan 1 tahun 2013 adalah hari persekolahan bagi negeri selangor. Negeri lain aku tak tahu. lolol -.-  Tahun baru ni azam aku nak belajar sungguh, tak nak ketawa banyak sangat. Ibu kata ilmu keluar banyak masa kita ketawa. Alahaii.. tutup lah mulut tu bila nak ketawa. Kan tak keluar ilmu tu? Apakah? Jangan percaya 101% statement ni.

Macam biasa lah.. tahun baru sekolah ni semua barang nak baru. Tudung baru, stocking baru, baju baru, kain sekolah baru, lagi... apa lagi.. pencil box baru, beg baru, botol air baru, alat tulis baru, boyfrien baru.. eehhh, boyfriend tak yah ah tukar. Shian dia kena tukar tahun baru ni. joke. lolol..

5.44 pagi:
*tersedar* tengok fon. Siaaa~ aku set alarm, kenapa tak dengar langsung alarm tu? Adakah ia yang rosak? Ataupun aku yang tidur mati tak sedar diri yang diri ni kena pergi sekolah? Bangun alan  perlahan-lahan pergi bilik air. Mandi. Siapan diri.

6.10 pagi:
Hallamak. Lupa nak isi air dalam botol baru. Lari pergi beg, amek botol. Basuh. Kocak-kocak. Isi air sampai penuh, tertumpah. Tak tumpah pun sebenarnya. Mauk bilik lagi, letak botol dalam beg. Pergi depan cermin, betulkan sikit tudung ni, dah macam serban aku tengok -.- well, semua dah tahu yang tudung baru akan buat hal pada hari pertama sekolah. Dah menjadi kebiasaan. Pergi tandas pun, beratur panjang nak tengok cermin semata nak betulkan tudung.

6.30 pagi:
lari pergi pintu pagar, sebab van dah sampai.
aku: woi, angah. bukak pagar. duit belanja mana?
angah: *bukak mangga pagar*
van ni memang tak boleh datang awal lagi agaknya.

6.45 pagi:
*gelap* jalan pun slow-slow. Nanti jatuh kang, malu aje. Aku duduk seorang diri di kantin menunggu ketibaan kawan-kawan.

7.00 pagi-12.35 tengahari:
aku: selau cuti bangun pukul berapa?
kawan: pukul 6 pagi.
----------
kawan: kau tengok cerita haa! kan dah kena? aku tengok masa tu sleeq kena prank. kesian doe.. *bla bla bla*
aku: ...
alin: aku tak faham *tutp mulut, ketawa kuat-kuat*
fariza: *baca novel*
---------
atira: memang tak lah, beratur panjang. kang sampai kita, makanan dah habis.
alin: wei, jom beli air.
fariza: *geleng-geleng*
alin: habis tu, kau tak nak minum lepas makan? biar tercekik?


macam tu lah ceritanya bila hari pertama sekolah. semua kelamkabut di buatnya. biasalah, macam korang semua tak pernah aje.

anak: mama, stocking mana?
mama: kau ingat mama ni ke yang pakai stocking kau? kat almari lah sana.
------------
anak: mama, cepatlah. nanti kena tahan kat pagar.
mama: kau yang bangun lambat, suruh mama drive cepat. memang tak ah *mama otai*

sekadar nak bagitahu, gua sekarang dah SENIOR dekat sekolah walaupun tinggi cuma 153 cm. Tapi, gua dah form 5.. sila hormat dengan gua.  :D


Kebesaran ALLAH

Assalamualaikum *muka excited

Malam ni tiba-tiba rasa rajin pulak nak bukak blog ni. Ololo, shian dia. Come to papa, my baby. Selalu bukak twitter, facebook aje. Oh, follow lah kita @amighafenon *udah ler tu. Bukan apa sebenarnya. Aaa... jap.

First.

Nur Syalia Qisya

Ehemhemhem.. dengar sini. Tengok sini. Kita nak bagitahu, kita dapat adik baharu. Lagi sekali, A D I K B A A R U. Kay, sorry. Sebagai kakak sulung, aku rasa seronok dapat adik baru. Hari-hari, boleh cium dia sampai penyet. Kadang-kadang tu, ibu marah sebab cium adik sampai adik menangis. *tak heran pun kena marah

Selama 9 tahun, baru dapat adik. Adik lama dengan adik baru tak sama tau. Adik lama tu menyakitkan hati, adik baru menyenangkan hati. Ngahaha.. faham ke awak? Nak gambar dia? Satu. Dua. Tiga.


Ni lahh, Syalia Qisya tu. Dia keluar dari perut ibu masa 19 November 2012. Tak menyabar tau dia ni. Doktor kata maybe 23 kut keluar. Tiba-tiba, awal pulak. Tapi, tak apa. Lagi awal lagi bagus. Kan, Qisya? Now, dia dah... 13 hari. Selamat datang wahai orang baru :)
 
Masa dalam perut lagi, dia dah berlagak nak jadi laki. Muka macam laki kan dia ni? Kita semua nak adik laki, tapi keluar adik perempuan. Amek, lelaki tak jadi lah jawabnya.

*lagu dekat radio*
baby : *kicking*
ibu : amboi, baby ni.. suka betul.

*duduk dekat sofa*
baby : *kicking again*
ibu : adik, mainbola ke dalam perut ibu ni?
baby : *kicking lagi kuat*

Ibu ada cakap, macam mana baby yang beratnya 3.5 kg, panjang 51 cm boleh muat dalam perut ibu ni... Dengan air ketuban lagi, uri baby lagi.. Aku just senyum, tak tahu.. Ibu kata, tulah kebesaran ALLAH. Tak ada sapa boleh tanding kehebatan-Nya. Masya-Allah...

Ibu ada cakap lagi, perempuan yang mati masa bersalin adalah mati syahid. Sebab? Entah, tengok google lah.. *blur* Sebab tu korang semua ni, hargai lahibu kita. Sayang dia. Jangan sakitkan hati dia, jangan derhaka dengan dia, jangan buat air mata dia jatuh. JANGAN! Syurga bawah tapak kaki ibu tau..

anak : mama, angkat kaki jap.
ibu : nak buat apa?
anak : ustazah kata syurga bawah tapak kaki mama.
ibu : budak ni lah, tapak kaki jugak dapat nya kang
anak : *cedih*

So, the moral of the story.. JANGAN SESEKALI MENDERHAKA IBU BAPA KITA. boi... assalamaualaikum.






ha-ra-pan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sekarang pukul 1519.
Duduk di atas sofa dengan gaya bebas.
Hidung terbau kari. Jiran sebelah kot yang masak.
Endahkan.

Tarikh hari ni 6 November.
Tinggal berapa hari lagi my mom nak bersalin.
Tak sabar nak peluk, cium baby baru.
Fine, dah lari tajuk. Lupakan.

Tahun 2012 ni banyak sangat benda yang jadi. Nak cerita satu-satu? Malash ahh..
Dan yang aku nak cerita hari ni *garu pipi* pasal kawan-kawan.
Aku dah pernah buat post pasal diorang.
Tapi...
Tak salah kan aku nak post lagi ?

2011 : pernah berjanji akan sehidup semati. MR.ANNIZ konon diberi nama. Ke hulu, ke hilir bersama. Si dia tak ada, pelik. Si dia ni pulak tak ada, sunyi. Dan si dia yang lain tak ada, canggung pulak. Korang boleh bayangkan? Ambik gambar sama-sama. In heaven gila lah masa tu.

2012: masing-masing berpecah, ikut haluan, tujuan, masa depan masing-masing. Bermulalah kisah seram.. bukan.. kisah duka kitorang. Al-maklumlah, dah dapat kawan baru kan. MR.ANNIZ diketepikan. Masing-masing lupa. Ke hulu, ke hilir dengan kawan baru. Peluk kawan tu. Bertembung dekat sekolah just 'hai' 'hai'. Then, blah ikut kawan. Itulah dunia.

Assalamualaikum.