Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Amira. Welcome to My Paris Town. Fall in LOVE with someone special to me.


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Teratak River View

Assalamualaikum.

Dah berapa lama aku tak update blog ni? Asyik busy manjang. Konon lagi busy dari pengetua yang nak urus sekolah, konon lagi busy dari Perdana Menteri yang nak urus hal negara, konon lagi busy dari ibu yang baru lepas bersalin, salin pampers baby, bagi susu kat baby, tidurkan baby.."baby, tidurlah baby" centu? konon lagi busy dari Encik Burhan yang uruskan kem dekat Teratak River View tuu, "tepuk, tepuk semangat!" "perhatian!" "tuan!"

Tak, tak. Aku takde lah se'busy' diorang semua tu. Aku cuma seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang yang berumur 17 tahun, bakal menghadapi SPM pada bulan November nanti. Oh, pray for me. Tapi, sebagai pelajar pun, aku busy jugak. Dengan peka Kima, Biologi, Fizik. Dengan Addmath yang tah pahape aku pun tak faham satu hapak. Aku tahu aku dah lari tajuk. Tapi, yeah.. i don't give a damn about you.

Back to the topic above.

Teratak River View
Amekemende lah yang kau merepek teratak bagai wei? Kat mana tu? Adakah ianya sebuah kolam renang yang besar dan indah? Atau sebuah pantai yang sunyi sepi tiada berpenghuni? Ke sebuah kereta jenis MPV yang baru dikeluarkan dari Toyota? Nasi goreng dengan tempe? Bukan. Bukan. BUKAN.

Ianya adalah sebuah tempat perkhemahan ataupun kem. Yeah, sama je lah dua dua tuu.. Kalau dari Telok Panglima Garang, cuma mengambil masa 1 jam setengah jee. So, let's go!


First Day. 27.5.2013

Pukul 6 pagi, bangun, sembahyang dan duduk termenung di depan beg yang besar gila bapak. Dan aku jamin ianya bakal mengundang pelbagai tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang melihatnya,
"pahal beg besar sangat wei?"
"haha"
"kau nak pindah rumah?"
"mende je lah yang kau bawak ni wei?"
Stop it. Then, pukul 8.30 pagi, bertolak ke sekolah dan tanda kedatangan. Beratur ikut bas masing-masing dan bertolak. Yeah! Pening gila naik bas 2 tingkat. So, i decided untuk duduk kat bahagian bawah je. Pukul 1, sampai di depan signboard yang tertulis Teratak River View. Tunggu untuk Encik Burhan and the gang sampai je dah pukul 1.30. Panas. Bau busuk. Bangkai tikus penyek tengah jalan. Tiba-tiba, lalulah kereta hitam. Dan keluarlah, fasilitator yang cantik dan hensem keluar. Mereka adalah Abang Rembo, Abang Mas, Kak Intan, Kak Su, Encik Burhan. Diorang bagi arahan, masukkan beg dalam trak dan jalan kaki untuk ketempat kem. Kay, mula mula fikir, maybe dekat je kot. Nah! Amek kau, serius jauh gila gampang! Dengan panas, air botol tak bawak. So Sweet! Akhirnya sampai pukul 4.30 petang. Sampai sana terus jamak solat dan pasang khemah.

Second Day, 28.5.2013
Aku cuma tidur 3 jam je, sebab jaga khemah. Pukul 3 pagi jugak tu lah, aku pergi mandi. Gila segar! Then, tidur balik. Pukul 6 pagi, fasi kejut dan solat subuh. Menggigil satu badan tu takyah cakaplah. Macam mesin jahit dah mulut aku. Terketar-ketar. Siap solat, Abang Rembo datang bagi ceramah sikit. Then, pergi padang belakang, senam. Siap senam, sarapan and balik semula ke padang untuk main game. Gamenya tutup mata, duduk sorang-sorang. Dan bila ku duduk sorang-sorang, mulalah Abang Mas nyanyi "papa ku pulang dari kota, papa ku belikan kereta" kereta papamu laa.. panas centu, nyanyi lagi? Siap game tu, makn tengah hari dan solat jamak lagi. Pukul 3 centu gaknye, pergi padang balik, dan buat latihan komando. "Cium tanah tu!" "Kepala rendah lagi!" Okey, tanah. Kau telah mencuri bibir ku ini. Hmm.. cedih.  Konon-konon jadi askar nak berperang. Lepas berperang tu, kitorang dipaksa untuk masuk ke dalam kolam lumpur yang pekat lagi likat. Macam teh susu... Masa merangkak dalam lumpur tu, entah canne boleh terpegang benda lembik berlendir. Apakah itu? Hmm, lupakan. Malam tu, ada Malam Seni Budaya, aah bedal. Kumpulan 4, kumpulan aku berlakon dengan the moral story nya "kerosakan akhlak remaja sekarang" Lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki. Dan aku ajet-ajet pengkid gitu, ajet-ajet gangster.. telah 'mengurat' si Adip Hasan yang pondan ituu. Punyalah penat berlakon, tak menang hape pun. K, cedih. Pukul 12 malam, balik ke khemah sebab Night Walk tak jadi. Hujan lebat gila. Yes! Dalam hati aku berdoa kesyukuran sebab tak jadi. Pukul 1.40 pagi, aku nak mandi tapi abang Mas tak bagi. Tahu tak, badan nii dah rimas gila? Hmm..

Third Day, 29.5.2013
 Last day. Dan ada jungle tracking. Boleh tahan lah hutan dia.. Tapi, mula mula jalan tu berlumpur gila. Habis kasut jadi high heel, free free je dapat tambah ketinggian. Setengah jam, jalan, sampai satu sungai. Masing masing basuh kasut yang berlumpur. Dan mulalah kedengaran jeritan-jeritan gedik yang mengatakan " aaaaahh! Tolong, ada pacat" "aaaahhh! jangan lah siram air, basah"  weii, serius aku cakap kalau korang tak nak basah, kenapa masuk dalam sungai tu jugak? Morron. 10 minit dalam sungai, keluar balik dan teruskan perjalanan. Kali ni, hutan dia memang betul hutan mati. Tak nampak jejak jalan kawan-kawan yang kat depan pun. Nasib baik aku cepat. Abang Mas konon buat magic, lalu tepi-tepi hutan then muncul tiba-tiba dekat depan. Lawak hambar.. Then, ada sungai kedua. Yeah, rutin yang sama, basuh kasut, menjerit minta tolong. Masa tu lah, bila aku buka kasut, ada pacat yang tengah buat love bite kat kaki aku. Hmm.. sampai taknak lepaskan kaki aku. Habis berdarah kaki gua.. cedih. Terima kasih untu kak Intan yang tolong cabut pacat tuu. Aku tak menjerit pun bila ada pacat kat kaki aku. Ajet-ajet kuat kononnya. Sambung balik perjalanan dan akhirnya sampai dekat tapak kem tadii. Yes! Siap-siap kemas khemah, mandi, makan, solat jamak. Then, naik lori yang panas gila tu ke depan. Naik bas, Balik.